Program Tiny Techies – Bengkel Sumo Robot Sesi 4
9 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8hb November 2025, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Program Tiny Techies – Bengkel Sumo Robot Sesi 4 yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian program tersebut. Program ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknologi, memupuk kreativiti dan inovasi serta meningkatkan keyakinan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Program ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), malah turut menggalakkan kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan mereka. Untuk sesi ini, setiap NADI telah menerima Kit untuk penerokaan tiny techies iaitu Microbit Kit dan Robotik Kit. Oleh itu, penganjur program membawa peserta sekolah rendah yang berminat bersama sama membuka kit tersebut secara online dengan semua NADI terlibat.
Semoga program seperti ini dapat menjadi platform bagi pelajar untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih mendalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
